Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang(PPS) yang mempunyai rekod jenayah.<br /><br />Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata polis ketika ini masih menjalankan proses saringan terhadap anggota kumpulan tidak berdaftar itu.
