Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video<br /><br />Program sukarelawan pelancongan di Pulau Perhentian akan dipertingkatkan menerusi strategi lautan biru kebangsaan, NBOS dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri serta Intitusi Pengajian Tinggi.<br /><br />Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Terengganu, Mohd Sabri Zakaria berkata, kajian mendapati tahap kesedaran di kalangan pelancong tempatan mengenai usaha penjagaan dan pemuliharaan masih rendah berbanding pelancong asing.