Seorang penuntut warga Zimbabwe dari sebuah universiti swasta di Kuching dikuarantin setelah disyaki dijangkiti Ebola.<br /><br />Menteri Muda Kesihatan Awam Negeri, Datuk Dr. Jerip Susil berkata, pihaknya mengambil langkah pencegahan awal dengan menahan pelajar tersebut di tempat pengasingan di Hospital Umum Sarawak (HUS).