Kerajaan Negeri Terengganu menolak dakwaan bahawa pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) menjadi punca utama kepada banjir besar yang melanda negeri tersebut tahun lepas.<br /><br />Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Rosli Othman, pembinaan lebuhraya tersebut telah mengambil kira beberapa faktor termasuk taburan hujan.
