Penerbit The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Eksekutif The Malaysian Insider, Jahabar Sadiq ditahan polis pagi tadi kerana didakwa menghasut berhubung laporan di portal berita itu berkenaan hudud. <br />Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.