Sebuah taska dan surau di Sekolah Kebangsaan Kampung Buda, di Spaoh, Betong, Sarawak dihanyutkan ke dalam sungai selepas tebingnya runtuh, awal pagi tadi.<br /><br />Bilik gerakan operasi bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi, dipercayai akibat arus sungai yang deras.<br /><br />Untuk perkembangan kejadian itu, bersedia di talian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Sarawak Farhan Sufyan Bin Borhan.