Polis terus mempergiatkan operasi mengempur premis perjudian dalam talian di seluruh negara.<br /><br />Menerusi OPS Dadu di ibu negara, dua lagi premis perjudian diserbu sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.