Sesi rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membebaskannya daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya masuk hari ke-4 hari ini selepas ditangguhkan semalam.

Hari ini tiba giliran pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk membentangkan pula hujahan mereka selepas pasukan pembelaan selesai merumuskan hujahan mereka pada Khamis.

Muhammad Shafee hari ini akan memulakan sesi dengan pembentangan hujah yang menyentuh pelbagai persoalan berdasarkan fakta kes.

Bagi isu yang melibatkan hal DNA dan huraian teknikal, Muhammad Shafee akan menyampaikan hujahnya pada hari Isnin.

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani