Pemilik tanah di Bukit Perangin, Wang Perah dekat Jitra, Kedah berhak membangunkan tanah mereka selagi ia mengikut peraturan yang digariskan kerajaan negeri.<br /><br />Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, tiada lesen pembalakan dikeluarkan terhadap kawasan tanah milik peribadi dan pemilik bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan masing-masing.
