Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan memorandum kepada kedutaan Indonesia pada Jumaat bagi menggesa republik itu menyelesaikan segera masalah jerebu yang melanda negara ini sejak September lalu.<br /><br />Memorandum itu antara lain menuntut langkah proaktif kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu pembakaran hutan yang menjadi punca jerebu selain mengambil tindakan tegas diambil terhadap pihak bertanggungjawab.