Tidak berperikemanusian!!<br /><br />Demikian perumpamaan yang wajar diberikan kepada seorang bapa apabila sanggup mencucuh api rokok ke beberapa bahagian badan anak kandung perempuannya di rumah mereka di Kampung Terap, Bukit Marak di sini.<br /><br />Bukan setakat itu, lelaki yang berusia 31 tahun itu turut memukul serta menoreh anggota badan kanak-kanak malang berkenaan dengan pisau hingga meninggalkan parut.