Kajian mendapati hampir dua peratus remaja serta kanak-kanak dan 30 peratus warga emas di dalam setiap populasi mengalami masalah kepeningan.

Masalah kepeningan atau vestibular ini lazimnya berlaku kepada pesakit yang menghidapi masalah pendengaran.

Menurut pakar perubatan, masalah vestibular dan keseimbangan ini sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan kerisauan, tekanan dan kesukaran di tempat kerja mahupun di rumah. .

Wartawan Norsiah Ramli ada laporannya.