Malaysia dan Singapura amat mementingkan kerjasama dalam bidang keselamatan khususnya bagi memerangi ancaman jenayah rentas sempadan di rantau ini.<br /><br />Komitmen itu dinyatakan dalam pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan di Kementerian Dalam Negeri, pada Jumaat.
