Skuad kendalian Jurgen Klopp berpesta gol awal pagi tadi dengan membelasah kelab dari Russia 7-0.

Penyerang sensasi Philippe Coutinho meledak hatrik pertama bersama Liverpool sekaligus membantu pasukannya layak ke peringkat 16 terbaik.

Gol lain Liverpool dijaringkan Sadio Mane dengan dua gol serta Roberto Firmino dan Mohamed Salah masing-masing satu gol.

Liverpool yang sudah lima kali menjulang Liga Juara Juara layak ke pusingan kalah mati selepas sembilan tahun gagal melakukannya.