Titisan air mata salah seorang juri selepas Aishah menyampaikan lagu All By Myself bagaikan bayangan bahawa kejuaran Gegar Vaganza musim keempat (GV4) adalah miliknya.

Dan ia menjadi kenyataan apabila keputusan diumumkan pada penghujung acara yang berlangsung di Johor Bahru malam tadi

Pada malam terakhir GV4 setiap peserta perlu membuat dua persembahan masing-masing secara solo (pada pusingan pertama) dan berduet bersama perserta lain (pusingan kedua).

Aishah membawakan lagu nyanyian asal Celine Dion, All By MySelf, dengan sepenuh hati menyebabkan juri tetap Hetty Koes Endang sebak, malah akhirnya menitiskan air mata menghayati lagu berkenaan.

Pada pusingan kedua Aishah digandingkan dengan Liza Hanim membawa lagu rancak, Supergirls (nyanyian De Fam).

Malam ini menyaksikan enam peserta Hazami, Aishah, Tia Jinbara, Lan, Firman Siagian dan Liza Hanim berentap merebut gelaran Juara di Studio Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor.

Acara yang bersiaran secara langsung itu ke udara melalui rancangan Astro Ria.