Lebih 200 penyokong bola sepak atau Ultras dibebaskan mahkamah di Mesir atas tuduhan merosakkan stadium dan menyerang polis.

Kumpulan Ultras itu ditahan selepas insiden kekecohan dan bakar suar pada aksi pasukan Zamalek bertemu kelab Libya Al Alhi SC pada Julai lalu.

236 Ultras ditahan selama lebih lima bulan kerana tuduhan merosakkan tempat duduk di Stadium Borg El Arab dan menterang polis.

Namun pendakwa raya tentera Mesir melepaskan mereka kerana kekurangan bukti untuk dibicarakan.