Seorang remaja perempuan Palestin ditahan tentera Israel selepas videonya menampar askar rejim itu di Tebing Barat, tular di Internet.

Video yang dipercayai dirakam pada Jumaat lalu itu memaparkan dua remaja perempuan mendekati dua askar Israel sebelum menendang dan menampar mereka.

Insiden itu dirakam menggunakan telefon bimbit.

Kejadian itu berlaku berhampiran rumah seorang daripada remaja itu yang dikenali sebagai Ahed Tamimi, 17, di kampung Nabi Saleh.

Tentera Israel kemudian menyerbu rumah Ahed dan menahannya selain turut merampas telefon bimbit, komputer dan peralatan elektronik lain.

Keluarga Ahed adalah aktivis yang kuat menentang penjajahan tentera rejim itu di Tebing Barat.

Terdapat video Ahed pada 2015 menggigit tangan askar Israel yang cuba menangkap abangnya menjadi imej simbolik penentangan terhadap rejim itu.