Presiden Persatuan Bolasepak Indonesia (PPSI), Edy Rahmayadi menyindir para pemain tempatan mereka yang keluar bermain ke luar negara.

Rahmayadi berkata jika mereka bermain demi duit itu menunjukkan mereka tidak patriotik.

"Nilai juang anak bangsa ini bukan wang ukurannya. Republik ini di merdekakan oleh orang tua kita dahulu tanpa wang"

Rahmayadi juga mengatakan bahawa tindakan pemain bermain di liga luar negara membuatkan Indonesia kekurangan pemain.

Tahun 2018, Indonesia akan menyertai sembilan pertandingan bola sepak dan ini membuatkan Rahmayadi tidak mahu pemain mereka bermain di luar apatah lagi kerana alasan duit.