Ahmad Ziyyad Mohd Zahir pasti membuatkan ramai orang cemburu dengan ibu bapanya kerana memiliki anak sepertinya.

Ini kerana Ahmad Ziyyad yang baru berusia dua tahun lapan bulan tetapi sudah mampu untuk menghafal Al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas.

Video hafiz cilik ini dengan tenang dan comelnya membaca surah Al-Quran tular di laman sosial setelah dikongsikan ibunya di laman Facebook.

Ibunya, Nurul Syahidah Lukman berkata surah di dalam Al-Quran menjadi penghibur dan peneman anaknya setiap hari ketika bermain.

"Kami mula mengesan minat Ahmad Ziyyad menghafal ayat al-Quran sejak berusia 11 bulan. Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas"

Selepas itu bersama suaminya Mohd Zahir Norr Sabri, Ahmad Ziyyad terus diberi dokongan dan kini sudah 42 surah termasuk surah lazim dihafal dengan baik oleh hafiz cilik ini.

Surah yang sering menjadi pilihan Ahmad Ziyyad untuk dihafalnya ialah surah Al-Waqiah, surah Ar-Rahman, surah Yaasin, surah Al-Mulk dan surah Al-Kahfi.