2159 orang mangsa banjir di Terengganu dicatatkan sehingga malam tadi yang menyaksikan peningkatan hampir sekali ganda.

Sebelum itu 1313 orang dilapor terjejas mewakili 327 sebelum bertambah kepada 541 keluarga.

Jumlah tertinggi adalah di Kemaman iaitu 1819 orang menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu.

dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) terbaru dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

Manakala portal http://etindakan.terengganu.gov.my/ memaklumkan, paras Sungai Dungun di Jambatan Jerangau mencatatkan paras air setinggi 11.20 meter yakni melepasi paras berjaga-jaga 10.90 meter.