Satu rakaman tular aksi pertunjukkan sarkas cemas apabila seorang dari ahli akrobatik mereka jatuh terhempas ke lantai dari ketinggian 12 meter ketika melakukan pertunjukkan.

Wanita berkenaan Yulia Tikaeva jatuh keluar dari jaring keselamatan ketika melakukan aksi di Gomel, Belarus.

Penonton yang terdiri dari kanak-kanak dan ibu bapa menyaksikan Yulia terhempas pada lantai dan pengsan selepas itu.

Jurucakap sarkas berkenaan berkata Yulia kini dalam unit rawatan rapi selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

"Yulia mengalami bengkak pada bahagian kepala namun tiada tulang patah"