Bekas pemain Barcelona dan kini adalah pemain paling mahal di dunia Neymar mengucapkan tahniah kepada Philippe Coutinho selepas rasmi menyertai kelab tersebut.

Coutinho mendedahkan perkara itu pada sidang media selepas bergelar pemain Barcelona.

""Saya bermain bersama Neymar dalam pasukan kebangsaan dan kami berkawan sejak kanak-kanak,"

"Dia mengucapkan tahniah kepada saya dan memberitahu saya bahawa suasana di dalam bilik persalinan adalah luar biasa".

Neymar meninggalkan Barca untuk meyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod perpindahan 222 juta euro (RM1.1bilion).

Selepas berpindah hubungan Neymar dan Barca keruh dan terlibat beberapa pertikaman lidah bersama pemilik kelab tersebut.