Sebuah video memaparkan kemunculan bekas pemain lagenda Arsenal, Robert Pires berlakon dalam iklan promosi pelancaran jersi JDT musim 2018.

Video tular itu menyaksikan 10 pemain JDT yang menaiki kereta mewah sedang menunggu Pires yang datang menaiki jet.

Apabila jet itu tiba, kelihatan Pires menyerahkan beg kepada Safiq Rahim, dan kemudian dimaklumkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tun Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan, jersi JDT itu dilancarkan pada satu majlis di Johor Bahru baru-baru ini.

Johor Southern Tigers di Facebook memaklumkan bahawa video tersebut ada sambungan siri ke-2 yang akan disiarkan dalam masa terdekat.