Palestin mara ke suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 selepas menewaskan Thailand 5-1 pada aksi terakhir Kumpulan B, semalam.

Pada aksi separuh masa pertama, Palestin melebarkan empat gol menerusi Mohanad Semih Abdelrazaq Fannoun (15'), Oday Dabbagh (26'), Mahmoud Yousef (30'), dan Mohamed Darwish (32').

Thailand pula hanya menjaringkan satu gol menerusi kapten pasukan, Chenrop Samphaodi pada minit ke-44, sebelum tamat masa pertama perlawanan.

Babak kedua menyaksikan pemain gantian Palestin, Shihab Qinbar terus menyumbat gol pada minit ke-88.