Bekas pemain tengah Brazil dan Barcelona Ronaldinho secara rasminya bersara sebagai pemain.

Menurut abang dan juga ejennya, Assis, bintang legenda Brazil itu mahu menggantung butnya dan memberi fokus kepada karier baharu sebagai pemuzik serta jurulatih di sekolah.

Menurut Assis lagi, satu acara yang lebih bersifat perlawanan perpisahan, akan diadakan di Brazil, Eropah dan Asia, malah mungkin membabitkan pasukan kebangsaan, selepas Piala Dunia Russia atau pada Ogos.

Sejak 2015, dia tidak mempunyai kelab profesional yang disertainya, namun pemain berusia 37 tahun itu aktif dalam sukan ekstrem malah banyak terlibat dengan pertunjukan kemahiran di peringkat global.

Pemain yang digelar 'arkitek' pasukan itu menamatkan spekulasi persaraannya yang timbul sebelum ini apabila banyak klip gambar-gambarnya dimuat naik di laman sosial.