Seorang penonton jatuh ke dalam longkang sedalam hampir dua meter di Stadium Negeri Batu Kawan malam tadi.

Kejadian itu berlaku ketika aksi pra musim antara Pulau Pinang menentang Kedah selepas tamat separuh masa pertama permainan.

Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.55 malam.

Utusan Online melaporkan berdasarkan siasatan awal lelaki berusia 30 an itu dikatakan memanjat pagar untuk megambil gambar bersama pemain.

15 minit diambil untuk mengeluarkan mangsa kerana keadaan fizikal yang besar sekaligus menarik perhatian ribuan penonton yang lain.