Surprise Me!

"Kenapa orang keluar semua?" Netizen tak tahu Indonesia dilanda gempa

2018-01-24 5,508 Dailymotion

Seorang netizen berkongsi video perjalanannya di Jakarta, Indonesia yang hairan apabila melihat orang ramai berkumpul di luar bangunan.

Dia yang sedang memandu kereta kemudian bertanyakan kepada orang ramai apakah yang sedang berlaku.

Terdahulu, pada Selasa, gempa bumi berskala 6.4 pada skala Richter berlaku di wilayah Sukabumi, Jawa Barat dan kesan gegarannya turut dirasai di ibu kota Jakarta.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi itu yang berpusat di kira-kira 81 kilometer barat daya Lebak Banten, berlaku kira-kira 1.34 petang.

Gempa bumi itu turut menyebabkan gegaran di ibu kota Jakarta dan orang ramai panik bergegas keluar dari bangunan.

Menurut BMKG tiada ancaman tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi itu dan setakat ini belum terdapat maklumat lengkap berkenaan kesan kerosakan dan kemalangan jiwa akibat kejadian.

Buy Now on CodeCanyon