Pemain Leganes, Javi Eraso memberikan pendahuluan gol pada minit ke-32 menerusi rembatan jarak jauh yang melencong sebelum menerjah gawang Real Madrid dalam saingan Piala Raja Sepanyol pagi tadi.

Karim Benzema kemudian menyamakan kedudukan pada awal babak kedua hasil hantaran Lucas Vazquez.

Lapan minit kemudian, Gabriel Pires menambah luka Real Madrid apabila menjaringkan gol kedua kemenangan pasukannya menerusi tandukan.

Ini bermakna Juara Eropah, Real Madrid tersingkir dalam saingan Piala Raja Sepanyol.