Dani Alves digantung tiga perlawanan oleh Liga Perancis (LFP) selepas mendapat kad merah pada aksi menentang Lyon minggu lalu.

Pemain pertahanan Paris Saint Germain (PSG) itu dilayang kad merah selepas mengasari pemain Lyon babak kedua perlawanan yang menyaksikan PSG tewas 1-2.

Tindakan susulan Alves yang menjerit betul-betul dihadapan muka pengadil dan membantah tindakan pengadil membuatkan beliau digantung tiga perlawanan seterusnya.

Pemain asal Brazil itu akan terlepas aksi di laman sendiri menentang Montpellier Ahad ini, separuh akhir Piala Liga pada Rabu dan menentang Lille pada 3 Februari depan.