Pemain termahal dunia, Neymar menjelaskan beliau tidak berhasrat untuk berpindah ke Real Madrid.

Neymar yang dibeli dengan nilai perpindahan RM1.2 bilion ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Bacelona berkata beliau sangat gembira di PSG.

"Saya gembira dengan rakan-rakan saya di sini. Dan saya sangat gembira di PSG"

"Saya menikmati perlawanan yang baik dan datang ke sini untuk mencipta sejarah bersama-sama dengan kelab ini. Saya mahu melakukan yang terbaik".

Kata-kata Neymar itu sekaligus menfikan laporan akhbar tentang perpindahan beliau ke Real yang kini bergelut dengan prestasi.

Tegas Neymar setiap kali jendela perpindahan di buka pasti namanya akan dikaitkan untuk berpindah.

"Spekulasi itu sentiasa muncul dan terus muncul. Sejak saya di Santos, Barcelona, nama saya sentiasa dikaitkan dengan perpindahan. Sukar untuk elakkan daripadanya"