Video seorang lelaki memanjat bumbung sebuah kereta jenis Myvi di bulatan Jalan Pasir berhadapan Plaza Likas tular.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisiner M Chandra, berkata kejadian berlaku jam 5.30 petang pada 28 Januari lalu menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi siasatan lelaki berkenaan disahkan berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Suspek warga tempatan berusia 36 tahun itu dipercayai mengambil dadah sebelum kejadian, malah ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia positif syabu.

"Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu direman sejak Isnin lalu hingga hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan," katanya hari ini.