Seorang ustaz mati dibunuh di sebuah kawasan perumahan oleh seorang lelaki yang mengidap masalah mental di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia semalam. <br /> <br />R.Prawoto, 40, yang merupakan Komandan Brigade Persatuan Islam Indonesia (Persis), mati akibat luka parah di bahagian kepala dan patah tangan kiri setelah dipukul menggunakan paip besi. <br /> <br />Memetik laporan berita tempatan, lelaki yang mengidap masalah mental itu sudah beberapa kali ditahan kerana mengamuk tanpa sebab selain mengalami tekanan perasaan.
