Malang menimpa pertahanan Atletico Madrid apabila hilang tiga batang gigi selepas bertembung dengan penjaga gol Valencia, Neto semalam.

Pada aksi La Liga itu Gobin bertembung dengan Neto ketika dua pemain itu cuba merebut bola tinggi hasil sepakan percuma Antoine Griezmann.

Sejurus pertembungan Gobin terbaring kerana kesakitan dan perlawanan diberhentikan.

Dia terpaksa dibawa keluar susulan pendarahan yang teruk di mulutnya.

Atletico dalam satu kenyataan berkata pemain asal Uruguay itu akan menjalan pembedahan dalam amsa terdekat selepas kehilangan tiga batang gigi di bahagian rahang atas.