SEORANG remaja berusia 16 tahun yang dirakamkan dalam video kerana menggeledah kereta polis dan mencuri pelbagai alatan termasuk senapang akhirnya menyerah diri kepada polis.<br /><br />Suspek, Christopher Clarke berbuat demikian "selepas digesa oleh keluarga dan rakan-rakan" yang melihat imejnya di televisyen.
