SUSULAN kelantangan selebriti kontroversi, Azwan Ali mengkritik abangnya sendiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, banyak pihak yang beranggapan dia menerima 'dedak' atau habuan daripada pihak tertentu.<br /><br />Ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu berhubung dakwaannya bahawa Azmin yang juga Menteri Besar Selangor terlibat rasuah, Azwan sempat mengulas mengenai isu berkenaan.