SIKAP tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat khususnya penunggang motosikal dengan meletakkan kenderaan mereka di laluan khas untuk golongan istimewa mengundang kemarahan netizen.<br /><br />Menerusi posting di Facebook seorang lelaki kurang upaya yang dikenali sebagai Firdaus Hairi berhubung perkata itu, rata-rata netizen meluahkan kekecewaan mereka dengan sikap berkenaan.