Hubungan kekeluargaan begitu penting buat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. <br /> <br />Dalam video yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim, keluarga diraja Johor ini memanfaatkan masa bersama-sama dengan mengadakan satu majlis di padang polo Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, petang Isnin.