Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz mencabar orang paling kaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. <br /> <br />Ia ekoran dakwaan artikel penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang menuduh hartawan itu menyumbang dana kepada DAP dalam usaha parti itu menewaskan BN pada pilihan raya umum ke-14. <br /> <br />Nazri menyifatkan Kuok sebagai seorang yang pengecut kerana tidak berani bersemuka melawan BN.