Dua pemain muda negara, Zulfadli dan Tan Chun Seang masing-masing menghadapai enam pertuduhan mengatur perlawanan.

Hari pertama pendengaran kes oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam di Singapura.

Zulfadli, 25 tahun dan Chu Seang 31 tahun didakwa melakukannya pada kebanyakkan perlawanan di tahun 2013.
Pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra berkata satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea.

Beliau berkata BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan dua pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain.

Zulfadli, bekas juara remaja dunia 2011, dan Tan, yang pernah beraksi pada kejohanan Piala Thomas 2010, masing-masing diwakili dua peguam pada pendengaran dua hari itu.