Pakatan pilih Dr M calon PM, Anwar menyusul

3 1 0 14
Pakatan pilih Dr M calon PM, Anwar menyusul
Mohamad Fadli | January 7, 2018
Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai calon timbalan perdana menteri PH dan Anwar akan dilantik sebagai perdana menteri ke-8 selepas dia dibebaskan dari penjara.
mahathir_Wan-AzizahSHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengesahkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.

Pengumuman itu menamatkan semua spekulasi mengenai calon pilihan PH untuk menerajui kerajaan mereka.

Full news: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/07/pakatan-pilih-dr-m-calon-pm-anwar-menyusul/