Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju dengan pandangan bahawa satu undi untuknya bersamaan dengan satu undi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. <br /> <br />Mahathir berkata demikian mengulas soalan wartawan dalam wawancara media Australian ABC News 24 semalam. <br /> <br />Kata Mahathir, atas dasar persetujuan bersama Anwar, beliau tidak berhasrat mengetuai pentadbiran negara dalam tempoh yang lama sementara menanti Anwar dibebaskan dari penjara dan kembali ke arena politik.
