Surprise Me!

The Rock cakap Melayu 'apa khabar Malaysia?'

2018-04-11 16 Dailymotion

Sambutan hangat terhadap filem-filem lakonannya di Malaysia menyebabkan pelakon berbadan kekar, Dwayne Johnson tidak melepaskan perhatiannya terhadap peminat yang berada di negara ini.

Jika sebelum ini selebriti Hollywood itu mengucapkan terima kasih kerana sambutan memberangsangkan terhadap filem Jumanji, kali ini dia tampil bertanya khabar kepada rakyat Malaysia bersempena promosi filem terbarunya, Rampage.

Menariknya, Johnson dalam klip video berdurasi kira-kira seminit itu dilihat bercakap dalam bahasa Melayu.

“Apa khabar, Malaysia?” kata Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan The Rock itu.

Melalui ucapan yang dibuat di media sosialnya, bekas bintang WWE yang kini menjadi pujaan di Hollywood itu mengumumkan Rampage bakal menjengah pawagam esok.

“Bersiap-sedialah. Saya begitu teruja untuk membawakan anda Rampage, ia akan ditayangkan pada Khamis ini di seluruh Malaysia,” katanya.

Johnson turut menyatakan perasaan berbesar hati selain berterima kasih di atas sokongan tidak terhingga rakyat negara ini yang tidak henti-henti menyokong kariernya sejak dia bergelar pelakon.

“Dari lubuk hati saya amat berterima kasih untuk kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan selama beberapa tahun ini.

“Saya dimaklumkan mengenai sesuatu berhubung kasih sayang dari Malaysia, iaitu tiga daripada filem saya mendapat tempat di hati peminat dari negara ini.

“Filem ketiga, Fast 8, kedua Fast 7 dan yang pertama Jumanji. Malaysia terima kasih. Jika anda semua menggemari Jumanji, maka anda akan turut menyukai Rampage,” katanya.

Rampage, sebuah filem sains fiksyen diarahkan Brad Peyton diadaptasi secara longgar berdasarkan siri permainan video menggunakan nama sama yang dicipta Midway Games.

Ia berkisahkan seorang ahli primatologi menjalin kerjasama dengan George, gorila albino yang bertukar saiz menjadi makhluk gergasi selepas menjalani eksperimen demi menghentikan pencerobohan raksasa.

Selain Johnson, Rampage turut dijayakan pelakon seperti Naomie Harris, Malin Akerman, Joe Manganiello, Jake Lacy, Marley Shelton, dan Jeffrey Dean Morgan.

Buy Now on CodeCanyon