Surprise Me!

Jawatankuasa khas ditubuh kaji pengurusan pekerja asing, PATI

2018-06-06 20 Dailymotion

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji dan memperkemas aspek pengurusan pekerja asing serta mengatasi masalah lambakan golongan itu di negara ini.<br /><br />Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa itu, yang akan dipengerusikan beliau, dianggotai wakil-wakil Kementerian Sumber Manusia serta beberapa agensi lain yang bertanggungjawab menilai semua prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia mengenai pekerja asing termasuk peraturan berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI).<br /><br />Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Buy Now on CodeCanyon