Surprise Me!

Mahkamah tolak permohonan M'kini cabar Akta Antiberita Tidak Benar

2018-06-06 692 Dailymotion

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Malaysiakini untuk mencabar Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.

Hakim Datuk Azizah Nawawi berkata memandangkan portal berita itu tidak didakwa di bawah Akta berkenaan, maka cabaran berkenaan adalah pramatang.

Mahkamah juga mengarahkan Malaysiakini membayar kos RM5,000, kata peguam N Surendran yang ditemui selepas sebutan kes itu di kamar hakim.

Surendran berkata ini adalah satu keputusan yang mengecewakan memandangkan kerajaan sekarang sedang mengkaji undang-undang untuk memasuhkan akta yang diluluskan oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum ke-14 itu.

Malaysiakini Dotcom Sdn Bhd memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dalam usaha mengisytiharkan Akta Anti Berita Tidak Benar, tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Mereka mendakwa, akta tersebut melanggar Fasal 5(1) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Malaysiakini, akta tersebut meletakkan beban yang terlampau berat kepada mereka untuk memastikan setiap perkara yang diterbitkan melalui bentuk laporan atau pendapat adalah benar secara muktamad.

Buy Now on CodeCanyon