Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan spekulasi yang mengatakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sabar mahu menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.<br /><br />Wan Azizah yang mempertikaikan spekulasi itu mengingatkan bahawa Anwar sebelum ini telah pun bersabar dengan pelbagai ujian termasuk dipenjara.<br /><br />Wan Azizah berkata demikian dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
