BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit dan membentuk pakatan baru dikenali sebagai "Gabungan Parti Sarawak" (GPS).<br /><br />Semasa mengumumkan langkah itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh parti terbabit.<br /><br />Empat parti utama yang terlibat itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).