Surprise Me!

Gaji penasihat Najib cecah RM200,000 sebulan?

2018-06-12 11,600 Dailymotion

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah dan kelebihan lain.

Menurut The Malaysian Insight, laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.

Katanya, tetapi setakat ini mereka hanya mengenalpasti seorang yang mendapat gaji RM200,000 sebulan dan ini hampir sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri.

Sumber itu turut berkata mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga menerima banyak faedah dan kelebihan lain.

Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu juga merupakan "bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada Pejabat Perdana Menteri", dan mengetuai sebuah unit di situ.

Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi - juga tidak dinamakan - bertanggungjawab dalam soal "jenama 1Malaysia."

Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan Harapan meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.

Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak lagi dibayar gaji oleh kerajaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Buy Now on CodeCanyon