Tiba masanya untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menggalas tanggungjawab sebagai presiden PKR, kata Naib Presiden Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Malaysiakini.

Selepas pembebasan pertamanya daripada penjara, Kongres PKR pada 2007 bersetuju melantik Anwar sebagai ketua umum.

Beliau ketika itu dilarang aktif dalam politik kerana disabitkan atas kesalahan rasuah.

Bagaimanapun, untuk pemenjaraan kali kedua, beliau mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agung yang membolehkannya kembali berpolitik dan mengambil alih kepimpinan daripada Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Pemilihan parti dijangka dilangsungkan Ogos ini.

Dalam pemilihan 2014, keadaan tegang antara kem bertanding sehingga menyaksikan kerusi terbang dalam pemilihan bahagian.

Kali ini Shamsul berharap insiden sama tidak berulang.