Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata beliau kini boleh menjadi seorang penulis sepenuh masa selepas meletakkan jawatannya sebagai jurucakap Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Menara Ilham, Ampang hari ini.

Kadir menegaskan perletakan jawatannya tiada kena-mengena dengan sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

Ditanya siapa yang akan menggantikan tugas beliau, Kadir berkata tiada pengetahuan mengenai hal itu.

Beliau berkata kehadirannya hari ini kerana bertemu dengan pengerusi Majlis Penasihat Tun Daim Zainuddin tetapi enggan menjelaskan butiran pertemuan tersebut.