Surprise Me!

Jho Low sedia jumpa penyiasat 1MDB di Dubai?

2018-06-13 3,948 Dailymotion

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan laporan yang mendakwa Jho Low menawarkan diri bertemu pasukannya di Dubai.

Beliau berkata demikian ketika ditanya Malaysiakini.

Ditanya bentuk kerjasama yang jawatankuasa itu mahukan dari Low jika pertemuan itu diadakan, Abu Talib enggan menjawab perkara tersebut.

The Malaysian Insight melaporkan memetik sumber kerajaan, peguam Low dijangka bertemu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi laluan kepada pertemuan dengan penyiasat kes 1MDB.

Pertemuan yang melibatkan dengan peguam-peguam sebelum itu dilaporkan bagi membincangkan peranan Low dalam siasatan terhadap dakwaan penyaluran keluar wang berbilion ringgit dari 1MDB.

Portal itu melaporka peguam Low mengesahkan perbincangan telah bermula dengan pihak berkuasa Malaysia tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Jho Low, 37 tahun, dikehendaki SPRM bagi melengkapkan saisatan terhadap SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat MDB.

Buy Now on CodeCanyon